Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar Hari_Deepavali

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat.Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.

Rujukan

WikiPedia: Hari_Deepavali http://www.hindustantimes.com/news/specials/diwali... http://www.indif.com/nri/Festivals/Diwali.asp http://www.shanidham.com/astrology/hindu%20festiva... http://www.shanidham.com/astrology/hindu%20festiva... http://www.top-indian-recipes.com/blog/celebrate-w... http://amitkulkarni.info/pics/diwali-2007/ http://www.deepavali.info http://indianfestivals.info/diwali.html http://books.google.com.my/books?id=7lOc8ZoLV0wC&p... http://books.google.com.my/books?id=X_8eqaKrnQcC&p...